Tuesday, June 29, 2010

.: cuBa teKa daLiL 'AqLi teNtanG.. :.


akhirnya..
short sem dah abes..
exam dah abes..
cuti sem pun bermula..
apa lagi, jom balik Terengganu~ yippeee~
sudah 5 bulan lebih diri ini tak menjejakkan kaki ke bumi Terengganu.. ha3~ dah start nk buat drama.. adesss..

erkkk~ muqoddimah sudah lari drp topik la.. wiwiwiwi~
sebenarnya, tadi terbaca blog ini {sila klik untuk link.. terima kasih~}..
terhenti pembacaan ini pada ayat "
Kadang-kadang kita perlu melihat dan memerhati ciptaan Allah.."
secara tak langsung, teringat petikan ayat daripada Surah Yunus: 101..

قل انظروا ماذا في السماوات والأرض وما تغني الآيات والنذر عن قوم لا يؤمنون

maksudnya: Katakanlah, "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!" Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman.


dan dalam masa yg sama juga, teringat petikan ayat daripada buku Akidah.. hacecece~ mentang-mentanglah baru selepas habis exam Akidah~ hohoho~
ayatnya berbunyi macam ni: "Allah s.w.t. menyuruh kita supaya berfikir tentang kejadian alam supaya kita dapat mengetahui kewujudan Allah."
sesetengah orang akan kata macam ni: "Eleh, apa nak susah.. kan dalam al-Quran ada menyebut tentang kewujudan Allah.."
saya akui, dalil Naqli itu penting.. tapi dalil 'Aqli penting juga~ keduanya-duanya sama penting..
untuk mendapatkan dalil 'Aqli inilah, kita perlu memerhatikan dan berfikir tentang kejadian Allah..

saya akui, saya ini masih jahil
{amat jahil kot}.. dulu, saya anggap dalil 'Aqli itu tidak penting sangat.. T_T
tapi sekarang, saya sudah insaf.. Alhamdulillah..
semuanya berpunca apabila saya mendalami buku Akidah Islamiyyah itu.. erkkk~ buku teks ye.. bukan buku agama yang tebal-tebal itu.. hu3~

terima kasih kepada ustaz sebab tak sempat ajar saya bab sifat-sifat Allah.. erkkk~ ini bukan perli ye.. tp bersyukur sebab ada hikmah di sebalik ketidak sempatan itu.. almaklumlah, short sem selama sebulan lebih sahaja.. so, memang tak sempat kalau nak belajar secara detail.. hu3~
hikmahnya? saya membaca sambil menghayati setiap kalimah di dalam buku itu.. cop3~ jangan salah faham ye.. saya bukan nak tunjuk rajin, tapi saya tertarik dengan ayat-ayat tersebut.. kagum~ siyes, tak tipu!

ada satu bahagian dalam buku tu yang paling membuatkan saya rasa tersentap..
macam mana, kalau seorang kafir datang kepada kamu semua.. sebagai contoh, seorang kafir yang menyembah matahari.. dan tiba-tiba dia bertanya kepada kamu: "sesungguhnya, tuhanku dapat dilihat dengan mata kita semua.. tuhanku telah memberi manfaat kepada manusia, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, air.. tapi kenapa agamaku tak benar? padahal aku dan kamu semua tahu bahawasanya matahari itu wujud.. kita boleh lihat dengan mata.. kenapa kamu semua katakan bahawa agamaku batil?"
kemudian, sy pun berdiri lah.. hacecece~ pinjam jap ye nama sy.. takkan la nak guna nama kamu sebagai hero plak.. kang takut ada telur ayam atas kepala.. ha3~
dengan penuh semangatnya sy pun berkata: "sesungguhnya Allah telah berfirman.. sekian sekian.." perghhh~ konon-konon banyak la ayat-ayat al-Quran yg telah dikeluarkan ye.. ^_^
"aku tak beriman dgn kitab kamu! aku tak nak dengar apa-apa ayat pun drp kitab kamu.. bagitahu aku dalil 'Aqli yang menunjukkan kewujudan Allah! kalau ada, bgtau aku.. aku akan masuk Islam.. kalau tidak ada, macam mana aku nak beriman dgn agama kamu?" ambik tuh.. terkejut saya pabila membaca ayat nih.. terasa panas telinga.. macam mana kalau sy berhadapan dgn situasi ini secara live? T_T

ketika situasi di ataslah, dalil 'Aqli sangat penting.. iaitu ketika berhadapan dgn pihak kafir yg tidak dapat menerima ayat-ayat suci Allah..
kita perlu memahamkan mereka dgn menggunakan akal..
lalu..
bagaimanakah kamu mahu menjawab persoalan si kafir itu??
sy rasa, sy macam tak nak bagi jawapan lagi di sini.. sy nak tengok cara kamu menjawabnya.. ha3~
ingat ye kawan-kawan.. dalil 'Aqli!!
jawapannya akan sy bagitahu pada masa hadapan.. yeahh~

semoga kamu semua dapat jawab dengan sebaiknya.. amin~
daaa~
pen off~


p/s: sy amat suka tengok matahari terbit dan terbenam.. cantik sgt.. Subhanallah~ erkkk~ tetibe je..


Si peNeka,

KeeN91




4 comments:

Ahmad Ulwan b Hassim said...

Salam..ermm..

first mekasih sbb linkkan blog..bleh publisiti sket..huhu..mg ada kebaiknnya posting sye tu..

bgus dgn persoaln tu..mmbuka mnda umt Islam spaya berfikir..terukn usaha tu..

berkaitn dgn persoalan dalil 'aqli kwjdn Allah..skdr prkongsian ilmu yg setitik nie..

klu dlm kitab2 aqidh, first ulamak akan sebut dalil kewujudan Allah adlh kewujudn alam ini dn kewujudn makhluk yg ada dlm alam ini..

mana mgkn alam yg serba aneh dn taajub ini terjadi dgn sendirinya..pasti ada sang pencipta yg maha hebat menciptanya..

sbgai contoh kerusi..kerusi pon perlukan kpd tkg kayu yg menciptanya..apath lg alam yg serba hebat nie..ia sdh tntu memerlukn kpd sang pencpta yang maha agung iaitu Allah..

tp klu nk ikut perbahasannya terlalu pnjg perbahasan ulamak mengenai perkara aqidh sebegini..

sye x pndai mner..awk la spttnya yg lebih pndai kn bru habes exam aqidah..huhu

NuSaNa NoSa 91 said...

wassalam..
sama2.. dan terima kasih juga di atas post awk itu ye..

yup, betul kata awak sal contoh kewujudan alam itu..
sbb setiap kali sy baca sal perbahasan kewujudan Allah, pasti akan diselitkan contoh alam ini..

tp maaf..
jwpn awak tu kurang tepat sikit..
sy bg klu ye.. jwpnnya ada kena mengena dgn matahari tu..
semoga berjaya teka ye.. ^_^

Ahmad Ulwan b Hassim said...

owh klu berkenaan dgn matahari tu..tuhan mestilah kekal dn berkuasa drpd segalanya..

mungkin masa siang diorg boleh kata matahari tu tuhan mrk krna nmpk hebat tp klu wktu malam..dimanakh matahari?

adkh boleh dianggap tuhan jika bersifat dgn fana' sedangkn jika tuhan mustahil bersifat fana' dn baharu..

bagaiman mgkn tuhan yg disembah bersifat dgn sifat baharu iaitu slh satu sifat yg ada pd manusia..

NuSaNa NoSa 91 said...

wahhh~
bagos, bagos..
jwpn tu dlm kategori bleh diterima..
tahniah di atas usaha keras anda itu.. ^_^