Friday, May 17, 2013

.: Miss Fadhlina.. :

salam 'alaik..

Alhamdulillah, today I have a lively and interesting class..

starting with Company Law's class, where we played some exciting games.. running, drawing, guessing.. if we manage to guess our friend's piece of artwork, only then we will get the question..

then in Land Law's Class, we had debate on Malay Reserved Land.. the first time ever, I'm not scare and phobia with debate anymore.. 

and the FSU's foyer has been conquered by fourth year students of Syariah and Law for this whole day.. best jugak kelas dekat foyer, tak mengantuk.. mungkin sebab terbuka, nampak pemandangan hijau dan orang yang lalu-lalang..

semua yang terjadi hari ini akan keen simpan dalam hati dan kotak fikiran sebagai kenangan yang terindah..

dan ada satu peristiwa yang akan keen ingat sampai bila-bila..

****************************************

semuanya bermula bila Sarah tanya Miss pasal markah mid term test kitorang dan assignment tajuk shares..

untuk pengetahuan korang, kitorang kena buat assignment tajuk shares untuk top up markah mid term.. kalau markah mid term rendah daripada assignment shares tu, Miss akan ambil markah assignment.. dan begitulah sebaliknya..

dan entah macam mana permulaannya, tiba-tiba Miss cakap:

" Sakinah sepatutnya tak payah dah buat assignment shares tu.. because she got highest mark in the mid term test.. tapi saya suruh dia buat jugak supaya fair.. "

Miss pandang keen..

" Sakinah ni.. ni saya cerita untuk bagi semangat kat Hafizah, Amirah, dan yang lain-lain ye, supaya boleh jadikan pengajaran.. dia biasa-biasa je dalam kelas saya masa tahun satu dulu, not among my best students pon pada masa tu.. it was Sarah, right?"

Miss cakap macam tu sambil pandang Sarah untuk kepastian..

dan dia sambung..

" markah mid term test dia pon rendah.. sampai carry marks dia rendah.. kan Sakinah? "

Miss pandang keen..

" ye.. saya dapat C untuk subjek MLS 1 (Malaysian Legal System).. saya antara yang paling rendah markah untuk subjek tu.. " serius, waktu cakap ayat ni, keen dah start sebak..

kemudian Miss sambung..

" yes.. sampailah masa final exam MLS 2, waktu saya tanda kertas jawapan, saya terkejut tengok kertas jawapan dia.. it was like an answer script! sampai dia dapat A untuk subjek MLS 2 tu.. "

" dan sampai sekarang saya takut tengok jawapan dia.. setiap jawapan dia macam answer script, seolah-olah soalan bocor.. saya bagilah soalan macam mana pon, jawapan dia tetap sama macam answer script saya.. "

" ok, maybe it was a gift from Allah to her.. Masya-Allah.. but, you can learn from her story.. dia pernah melalui zaman kejatuhan tu, dia bangkit, and since then, she never look back to the past.. "

****************************************
sepanjang Miss cerita tu, keen macam nak menangis.. tapi keen dapat tahan air mata tu daripada keluar..

air mata tu.. bukan sebab keen sedih Miss cerita betapa teruknya keen dulu.. atau bukan sebab keen terharu atas kehebatan keen yang sebenarnya tak hebat sangat tu (segalanya anugerah daripada Allah.. Alhamdulillah~)..

tapi keen sebak dan sayu bila mengenangkan kisah lalu.. kisah zaman kejatuhan keen, tapi takde orang pon sedar.. seperti mana takde orang tahu keen dapat C untuk subjek MLS 1, seperti tu jugaklah keen bangkit.. semuanya secara senyap, tanpa orang sedar.. kecuali Miss Fadhlina..

nak tahu kenapa dulu subjek Law keen teruk??

sebab dulu keen tak minat pon nak ambil Law.. keen lebih prefer subjek Syariah, mungkin masih terikat dengan masa lalu untuk sambung belajar kat Universiti Al-Azhar.. cita-cita sejak kecil..

waktu belajar subjek General Principles of Malaysian Law (GPML) untuk 2 semester, masa tamhidi, keen tak tahu pon apa yang keen belajar.. it's like, ' what on earth is this?? apa niiiiii?? '

pengakhirannya, untuk 2 semester tu, keen dapat C untuk subjek GPML 1 dan GPML 2..

benda yang sama berulang untuk MLS 1 sehinggalah mid term test MLS 2..

keen boleh kata, keen BENCI belajar undang-undang masa tu.. sampai masa Miss ajar baca kes waktu tahun 1 dulu, keen boleh menangis sebab tak tahu apa kes Daliph Bhagwan Singh was about.. masa tu menangis dengan Zarina sebab kitorang dapat tugas tu bersama-sama.. susah kot kes tu..

masuk semester 2, tahun 1, Miss ubah cara beliau ajar.. dalam kelas tutorial, Miss selalu buat open book tests.. Miss bagi soalan, kitorang jawab dalam masa setengah jam, dan bila habis masa, Miss ambil kertas jawapan tu.. Miss suruh kitorang tanda kertas jawapan kawan kitorang dan tunjuk macam mana nak jawab soalan-soalan tu..

situlah permulaan keen belajar 'APA ITU UNDANG-UNDANG' dan belajar untuk menyukai 'the so called law thingy'.. dari situ keen nampak macam mana nak jawab permasalahan undang-undang.. 

selama ni keen blur macam mana nak jawab soalan permasalahan.. yelah, keen kan budak aliran sains, yang mana jawapannya pendek je..

bukan nak salahkan lecturers lain, tapi bila diorang ajar, diorang just ajar basics.. tanpa terangkan macam mana students law should answer the problematic question.. untuk orang yang pandai, takde masalah.. tapi untuk orang yang tak berapa nak pandai plus takde feel nak belajar macam keen ni, itu adalah masalah besar.. sebab bila tak tahu, tu yang terus berpatah arang dengan law subjects..

*****************************************

terima kasih banyak-banyak, Miss Fadhlina sebab dah berjaya ubah keen.. keen nak cakap macam tu kat Miss tadi, tapi tak terkeluar sebab dah sebak sangat.. 

sejak dulu, Miss Fadhlina lah antara lecturer yang keen sangat sanjung.. keen sayang sangat dengan Miss.. sebab jasa beliau tersangatlah besar.. kalau takde Miss, mungkin keen takkan berjaya macam sekarang..

salah satu cara untuk keen balas jasa beliau adalah dengan struggle betul-betul untuk baca SEMUA KES LAW yang beliau suruh baca.. dari perkataan pertama sampai perkataan terakhir, tanpa tinggal satu pon.. walau kadang-kadang macam nak menangis, rasa sengsara dan penat sangat sebab kerja lain pon banyak jugak, nak-nak waktu tengah struggle untuk IHL Moot Competition tahun lepas.. 

tapi semua tu keen ketepikan bila ingat balik segala jasa Miss Fadhlina kat keen.. keen cuba sebaik mungkin agar Miss berpuas hati dengan kerja keen.. kalau keen rasa keen tak buat yang terbaik, keen akan rasa bersalah dekat Miss.. rasa sedih dan kecewa sangat..

terima kasih sangat-sangat Miss Fadhlina.. hanya Allah saje yang boleh balas jasa Miss.. may Allah shower His blessings on you always..

****************************************

tak dilupakan juga, terima kasih kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah ajar keen:

Tadika Mubaraqah
Tadika Nurul Iman
Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok
Sekolah Menengah Agama Al-Falah
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Tamhidi Syariah dan Undang-undang
Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang

tanpa guru-guru dan pensyarah-pensyarah tu, keen takkan berjaya macam sekarang.. setiap daripada mereka telah menyumbangkan sesuatu..

terima kasih banyak-banyak..

dan SELAMAT HARI GURU / PENSYARAH..

pen off~


bicara hati : gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya.. yang penting, kita berusaha untuk bangkit dari kegagalan tersebut.. belajar dari kesilapan lalu.. jangan terikat dengan masa lalu sehingga ia menutup pandangan kita dari melihat masa hadapan..

Sunday, March 10, 2013

.: ohhh duittt~ :.

salam 'alaik..

teringat lagi kata-kata Sarah hari Jumaat lepas..

" keen.. nak tahu tak.. kak Aisyah kata, kak ***** start simpan biasiswa dia masa tahun 2.. masa tahun 5, dia dah simpan RM 10, 000.. "

keen senyum je masa sarah cakap macam tu..

dalam hati, ada sikit perasaan jeles.. tapi cepat-cepat keen istighfar dan bagitahu Sarah " tak boleh la nak bandingkan kita dengan dia.. keadaan kita lain.. tanggungjawab kita pon lain.. dia anak tunggal, kita plak ada ramai adik-beradik.. "

********************************************************

pengalaman.. keen cakap berdasarkan pengalaman..

kalau nak diikutkan, memang tiap-tiap semester keen akan asingkan paling kurang pon RM 1000 dari akaun keen.. duit ni memang takkan keen sentuh untuk kegunaan keen..

nak tahu keen guna duit tu untuk apa??

untuk bagi keluarga keen di saat kesempitan duit..

********************************************************

keen pernah tanya ibu, " ibu.. duit gaji ibu RM 3,000 lebih.. duit gaji ayah pulak dalam RM 2,000 lebih.. kalau campur-campur, dapat la RM 5,000.. tapi kenapa kita tak kaya-kaya jugak?? "

kureng betul keen pergi tanya soalan camtu kan?? agak-agak boleh kena penampor kalau ibu keen tu garang..

tapi sebaliknya, ibu terangkan baik-baik.. dan keen paham..

separuh dari duit gaji tu guna untuk beli makanan bulanan kitorang je.. S.E.P.A.R.U.H tau.. memang nampak macam banyak gila.. tapi kos sara hidup kat Terengganu MEMANG tinggi.. dah macam duduk kat KL plak.. sampai kes ni selalu masuk akhbar.. masa praktikal kat mahkamah dulu, staf-staf kat sana tak habis-habis bincangkan pasal isu ni..

kalau balik cuti semester, mesti keen ikut ibu pergi pasar.. harganya memang betul-betul gila.. no wonder lah habis duit kat makanan je..

sape-sape yang kawan dengan keen, mesti dia tau keen tak nak kahwin dengan orang Terengganu.. pertama, tak nak anak terikut dengan dialek Terengganu.. kedua, sebab kos hidup yang tinggi.. tak nak lah keen sakit kepala fikir pasal duit ni.. ohhh duittt~

********************************************************

sebagai anak kedua dalam keluarga, merangkap anak sulung perempuan, keen nampak kesusahan hidup ibu dan ayah fikir pasal duit untuk anak-anak.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang kurniakan keen perasaan ni..

sebab tu, dari dulu keen aim nak dapat biasiswa.. syukur Allah perkenankan.. bila dapat JPA ni, rasa gembira boleh bantu keluarga sikit-sikit..

takde kawan-kawan keen pon yang tahu sebab utama keen tak bayar yuran masa semester 6 dulu.. duit yang sepatutnya keen peruntukkan untuk bayar yuran, keen bagi kat along untuk bayar yuran terakhir dia.. syukur sistem kat USIM ni, kalau tak bayar yuran, tak kena sekat dari exam  atau ambil result..

duit biasiswa memang keen gunakan untuk benda berfaedah je.. banyak dekat yuran, makanan, dan pembelajaran.. jarang sangat keen bazirkan untuk shopping.. 

kadang-kadang, kalau nak beli baju mesti keen beli 3 pasang terus.. sejak kecil ibu dah didik kitorang adik-beradik pakai baju sama.. sebab tu, bila beli sepasang rasa macam tak best.. nak adik-adik pakai baju sama jugak..

kalau beli apa-apa pon, mesti nak kena beli untuk adik-adik yang lain.. contohnya, ada sekali keen beli beg baru, ganti beg lama untuk pergi kuliah yang dah uzur.. pastu adik perempuan keen yang bongsu cakap, " cantiknya~ atih nakkkk.. " cara dia cakap main-main je.. tapi dalam hati keen, rasa sayu pulak, rasa macam pentingkan diri bila beli untuk diri sendiri je.. huhuhuhuu~ 

itulah indahnya hidup berkeluarga.. walau takdelah senang sangat, tapi yang pasti kami bahagia.. saling mengingati sesama sendiri.. 

berbalik padah soal biasiswa tadi.. walau keen tak dapat tolong ibu dan ayah banyak, sikit pon jadilah.. yelah, kalau nak kerja part time, memang ibu ayah bangkang baikkk punya.. diorang nak anak-anak fokus kat pelajaran tanpa perlu risau soal duit.. tapi sebagai seorang yang dah besar dan kenal erti tanggungjawab, benda tu tetap bermain dalam kepala..

********************************************************

sebab tu keen cakap dekat Sarah, " kita berbeza.. "

sebab kita duduk kat negeri yang berbeza..

sebab kita ada cerita yang berbeza..

sebab kita ada tanggungjawab yang berbeza..

tapi keen tak terbeban pon.. sumpah! rasa gembira ada lah.. paling kurang dapat kurangkan kekusutan kepala ibu dan ayah.. untuk apa berkira dengan keluarga sendiri, sebab satu hari nanti kat keluarga jugak kita akan minta tolong.. kan?? kan??

pen off~


bicara hati : keen tak bermimpi nak kahwin dengan anak orang kaya.. sebab keen takut kalau kaya, hidup tak bahagia.. lebih baik keen pilih kegembiraan dan kebahagiaan.. :)